Home Kenyataan Media PAS Kedah

Ambil Apa yang Diberi Namun Undi Beri Pada PAS

162 views
SHARE

KENYATAAN PESURUHJAYA PAS KEDAH

AMBIL APA YANG DIBERI NAMUN UNDI BERI PADA PAS

1. Kekerapan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak turun di Kedah dilihat seolah-olah mempunyai agenda tertentu ekoran prestasi kerajaan negeri yang diterajui BN terutama di Negeri Jelapang Padi itu semakin merundum.

2. Dalam tempoh enam minggu, lawatan rasmi beliau yang dikira hampir tiga kali iaitu pada awalnya di Langkawi dan baru-baru ini di Jerlun. Selain itu kehadirannya tidak hanya dengan tangan kosong tetap sarat dengan janji-janji manis menjelang pilihanraya.

3. Walau bagaimana pun PAS Kedah melihat, janji-janji yang diumumkan itu tidak lebih hanya sebagai umpan kepada rakyat memandangkan janji-janji PRU lalu atau selepas dari itu tidak juga tertunai dan menjadi kenyataan.

4.Projek berskala besar seperti di Langkawi
yang dijanjikannya baru-baru ini sehingga RM1.3 billion, kemudian diikuti dengan RM222 juta kepada masyarakat di Parlimen Merbok di sambut baik namun kerajaan harus meneliti keperluan yang sewajarnya diberi perhatian andai benar-benar mereka ingin membantu rakyat.

5.Selain itu, secara tidak langsung, peruntukan besar RM222 juta di Parlimen Merbok yang melibatkan naik taraf loji air di Bukit Selambau(RM147juta), pembinaan loji simpanan air Sungai Merbok(RM50juta) dan membaik pulih menara tangki air serta penggantian paip usang di Merbok(RM19juta), mencerminkan bahawa penduduk di parlimen berkenaan menghadapi masalah air yang serius walau pun dinafikan sebelum ini.

6. Sementara itu, di Jerlun, Perdana Menteri cuba bersulam janji-janji manis bahawa insentif dan jumlah pemberian kepada para pesawah akan ditingkatkan andainya mengekalkan kerajaan sediada. Wajarkah sebagai seorang ketua dalam sesebuah negara memperlihatkan sikap tidak matang sedemikian terhadap rakyat. Sedangkan menjadi tanggungjawab kepada mana-mana parti pun menjadi kerajaan agar menjaga hak dan kebajikan rakyat.

7. Oleh itu, tidak syak lagi, dengan janji serta agihan ‘One-Off’ yang dilihat ibarat ‘ menambat hati, mengikat janji’ memberi petanda bahawa tarikh pembubaran Dewan Rakyat sudah semakin hampir.

8. Adakah dengan lawatan demi lawatan, janji demi janji itu menunjukkan kedudukan BN dihujung tanduk sehingga memaksa melakukan perbagai janji untuk menambat hati rakyat setelah rakyat disusahkan dengan pelbagai polisi yang mencengkam kehidupan.

9. Sehubungan itu,PAS menyeru agar berfikiran bijak dan jangann membiarkan undi keramat lima tahun sekali itu dipermainkan dengan janji manis dan habuan sementara.
‘Ambillah apa yang diberi kerana itu hak rakyat yang sewajarnya dipulangkan namun undilah PAS untuk jaminan masa depan lebih baik tanpa rasa ragu’.

Bila PRU nanti ingat Bulan Purnama

PESURUHJAYA PAS KEDAH
DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
28 Mac 2018