Home Berita PAS Kedah

YB tinjau rumah yang dinaiki air di Dun Pedu

68
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

Naka – Yang Berhormat (YB) Mohd Radzi Md Amin tinjau kawasan perumahan yang dinaiki air ketika hujan lebat semalam di Kampong Belukar Luas 21 Ogos 2021.

YB memaklumkan kepada Media PKWR Dun Pedu ketika ditanya mengenai isu kenaikkan air yang sering terjadi ketika musim hujan,

“Sistem perparitan yang tidak sistematik menyebabkan banjir kilat berlaku. Justeru itu, bantuan sistem parit atau longkang akan dibuat dikawasan perumahan yang terjejas apabila hujan lebat.”


Beliau mengingatkan penduduk supaya mengambil ikhtibar daripada kejadian ini, terutamanya spabila mahu bina sesebuah rumah. Faktor aliran air dan sistem longkang atau parit perlu ditekankan agar tidak berlaku kejadian banjir kilat ketika hujan.

Lokasi dan persekitaran untuk membuat sesebuah rumah perlulah mendapat nasihat dari pakar perumahan terdekat agar rumah yang dibina selamat untuk didiami dalam tempoh masa yang panjang.

/tasnim