Home Berita PAS Pahang

Agihan pek makanan Bakul Prihatin terus berjalan

65
SHARE

Oleh: Shaherawati Jusoh

PAYA BESAR, 22 Ogos :: Program menziarahi anggota masyarakat sambil menyampaikan bantuan berjalan seperti biasa di sekitar DUN Panching hari ini khususnya di Kampung Pandan 1.

Ahli Dewan Negeri Panching, YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya turun menyampaikan sumbangan untuk beberapa keluarga yang dalam kesempitan dan kesusahan.

Dalam ziarah tersebut, Ustaz Mohd Tarmizi menyampaikan pek makanan Bantuan Prihatin Pahang.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pahang yang sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat.

Turut membantu beliau adalah Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Pandan 1.

Mohd Tarmizi menyarankan agar jiran sekeliling sentiasa peka dengan kejiranan masing-masing dan kekal patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) pihak berkuasa.

“Jika ada sesiapa yang dalam kesusahan atau kesempitan, insyaAllah akan ada bantuan yang akan menyusul,” kata Mohd Tarmizi yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang.