Home Berita PAS Kedah

YB Pedu ziarah kematian warga emas kaum siam

342
SHARE

PADANG TERAP – Masyarakat kaum Siam merupakan komuniti rakyat minoriti yang secara taburannya tinggal menetap di hampir semua daerah dalam negeri ini.

Mereka sejak puluhan tahun telah bermastautin dalam negeri ini khususnya atas hubungan sejarah lampau Kedah-Siam walaupun berasal keturunan dari negara Gajah Putih itu.

Kehidupan mereka sungguhpun di perkampungan atau wat dalam kelompok tersendiri, namun berhubungan baik dengan rakyat daripada kaum-kaum lain Melayu, Cina dan India.

Dengan kebudayaan dan adat tersendiri, masyarakat kaum Siam tetap tidak terpisah dan terabai sebagaimana perhatian dan hubungan ditunjukkan ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin.

Malah, biarpun berbeza agama, beliau menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat bukan sahaja terhadap hak mereka, hatta kebajikan ketika berlaku kematian

Atas sebab itu beliau hadir menziarahi mendiang seorang warga emas berusia 72 tahun yang meninggal dunia di Kampung Tandop Lamdin, Mukim Tekai Kiri, di sini kelmarin.

Selain hadir bagi menyampaikan takziah simpati dan menyantuni ahli keluarga yang bersedih atas kehilangan itu, beliau juga memberikan sumbangan bagi meringankan urusan berkaitan.

Beliau juga menitipkan pesanan agar mereka bertabah atas pemergian mendiang yang merupakan insan amat disayangi keluarga serta penduduk kampung itu.

Ziarah itu juga menjadi kesempatan Mohd Radzi bertemu dengan masyarakat kampung itu sambil mendengar aduan-aduan diajukan kepadanya