Home Berita PAS Kedah

Jalinan Kasih Ramadhan PAS Merbok liputi dua DUN

32
SHARE
Oleh: AZMI YAHYA
MERBOK, 26 April – PAS Kawasan Merbok telah mengadakan program ziarah dan edaran bubur lambuk sempena Jalinan Kasih Ramadhan melibatkan DUN Bukit Selambau dan DUN Tanjung Dawai, semalam.
Ustaz Azizan Hamzah

Yang Dipertua PAS Merbok, Ustaz Azizan Hamzah sendiri memimpin ziarah di DUN Bukit Selambau melibatkan PAS Cawangan Bukit Selambau, Tengkorak Batu, Batu Belacan dan Pokok Machang.

Sumbangan telah disampaikan kepada para penerima di mana tujuan program adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan warga setempat serta beramah mesra antara satu sama lain.
Turut disertai Ahli Jawatankuasa PAS Merbok, Rosli Bashah dan Muner Ahmad, mereka sempat singgah menyantuni Ketua Pemuda PAS MERBOK, Ustaz Khairul Zahir Abdul Halim.
Mereka menyerahkan sedikit sumbangan kepada beliau yang baharu sahaja pulih dari sakit dan dibenarkan keluar dari hospital, namun kini masih berehat di kediamannya di Sungai Lalang.
Pada sebelah petang Pemuda dan Muslimat PAS Merbok mengadakan pula edaran bubuk lambuk dengan menyediakan lebih 250 pek dan diagihkan kepada warga penduduk di Pekan Merbok.
Ustaz Azizan turut bersama dalam edaran ini yang telah dikendalikan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Merbok dipimpin ketuanya, Ustazah Basyariah Yasin.