OLEH : NORJULIANA YAACOB
JERAI – Seramai 120 buah keluarga yang sedang menjalani kuarantin di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan Guar Chempedak menerima bantuan hamper makanan, hari ini.
Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata sumbangan hamper makanan berkenaan bertujuan meringankan bebanan mereka.
Katanya, kesemua mereka sedang menjalani perintah kuarantin dan tidak dibenarkan keluar dari kediaman.
“Diharapkan bantuan makanan yang disalurkan dapat menampung keperluan harian mereka,” katanya.
Menurut YB Ustaz Sabri, kesemua nama 120 keluarga berkenaan diperoleh daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Yan.
“Alhamdulilah dengan kerjasama pihak PKOB kita dapat mengenalpasti kesemua mereka.
“Terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan juga anggota RELA kerana bersama turun padang bagi menyampaikan sumbangan ini,” katanya.
Turut bersama ketika program ialah penghulu-penghulu dalam Daerah Yan dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Yan.