Home Berita PAS Kedah

YB Cikgu Azhar rasmi pembukaan Cafe Eskedo, Kedai Aiskrim Dun Ayer Hitam.

437
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM, 22 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam YB Cikgu Azhar Ibrahim diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan Cafe Eskedo, kedai aiskrim, di Taman Bawal, Kemboja, Ayer Hitam.

“Saya menyanjung tinggi atas keberanian pengusahanya Saudara Muhamad Azahari Mat dan isteri untuk meneroka bidang ini di DUN Ayer Hitam. Kedai yang berkonsepkan kontemporari ini menawarkan pelbagai menu berkait dengan aiskrim dengan harga yang sangat berpatutan” ujar YB.

Menurut beliau “Dengan interior design yang santai,simple,bersih dan mesra pelanggan. Saya yakin cafe ini akan menarik minat masyarakat pengemar aiskrim, khususnya memenuhi citarasa anak-anak muda dan keluarga masyrakat setempat”.

Katanya lagi “Bukan ramai yang cebur dalam bidang ini,In Sha Allah mari sama-sama kita semua mendoakan moga kedai ini berkembang serta meningkatkan ekonomi orang-orang melayu bumiputera kita ini”.

Turut hadir bersama dalam majlis perasmian tersebut ialah Ahli Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Cik Robiah Don serta Setiausaha PKWR Dun Ayer Hitam, Ustaz Mohd Nazhari Ibrahim.