AYER HITAM 17 APRIL 2020- ADUN Ayer Hitam menyantuni mangsa-mangsa ribut yang melanda Kg Melele, Seberang Melele, Belukar, Kubang Chenok dan Putat pagi tadi.
Ribut yang melanda petang kelmarin telah memusnahkan hampir 20 buah rumah dan surau di sekitar kawasan tersebut.
“Alhamdulillah kami dapat menyantuni hampir 20 orang mangsa-mangsa dan melihat sendiri keadaan rumah mereka, semoga dengan sumbangan sikit tanda ingat ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka” Katanya
Turut serta dalam ziarah tersebut ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun, AJK PKWR Ayer Hitam, AJK Pemuda PAS Kawasan Jerlun dan NGO Jerlun Care.