Home Berita PAS Kedah

YB ADUN Ayer Hitam belanja KFC kepada barisan hadapan

932
SHARE

Ayer Hitam | 21 April 2020. YB Hj Azhar Bin Ibrahim ADUN Ayer Hitam turun menyantuni Penyelia dan Petugas Pejabat POS Malaysia di Pejabat POS Ayer Hitam.

Tujuan ziarah ini diadakan bagi menghargai pengorbanan mereka sebagai barisan hadapan dalam berkorban menjalan tugas.

“Saya sempat bersembang dengan En Yusof, penyelia di Pejabat POS Ayer Hitam, tugas mereka di musim PKP ini menjadi lebih banyak, khususnya berkaitan dengan POS laju. Barang-barang yang dikirim perlu diproses dan disampaikan sesegera mungkin” Ujar YB Hj Azhar

Sebelum ini YB ADUN Ayer Hitam telah menyantuni seramai 50 orang petugas Kesihatan di Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan 10 Pegawai Polis di Balai Polis Ayer Hitam.

YB Hj Azhar berkata “Mereka telah berkhidmat dengan cemerlang untuk negara sepanjang tempoh PKP COVID-19 ini, mereka berkorban nyawa demi negara, saya ingin merakamkan ucaoan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang merupakan wira negara.”

Turut hadir dalam ziarah tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun Abdul Hadi Omar dan Juga beberapa orang AJK Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam.