Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (21 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1145
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 21 April.

Mengikut laporan tersebut terdapat HANYA SATU kes baru dicatatkan di Melaka semalam.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Alor Gajah sejak 20 April lepas telah dinilai semula di dalam ‘zon kuning’, Jasin pula kini dalam ‘zon jingga’ sementara Melaka Tengah kekal berada dalam ‘zon merah’. Mukim Jasin mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu 39 kes.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih mendapat rawatan.Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.


Kes Positif Keseluruhan Melaka : 188/109 orang

β€’ Melaka Tengah : 89/60 orang
β€’ Alor Gajah : 29/10 orang
β€’ Jasin : 70/39 orang

Kes baru : 1 orang
Kes sembuh : 75 orang
Sedang dirawat : 109 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Merah)
Alai : 3/0
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 3/1
Bandar Melaka : 1/1
Batu Berendam : 4/0
Bertam : 1/1
Bukit Baru : 2/1
Bukit Katil : 9/6
Cheng : 1/1
Klebang Besar : 1/0
Padang Temu : 11/8
Paya Rumput : 2/1
Pernu : 1/0
Sungai Udang : 1/0
Tanjung Minyak : 2/0
Teluk Mas : 4/1
Luar kawasan : 40/38

Jumlah Mukim = 30
Mukim terjejas = 11
Mukim tidak terjejas = 19

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/2
Klemak : 6/2
Lendu : 7/2
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Baru Tengah : 1/0
Sungai Baru Ulu : 1/0
Sungai Siput : 1/1
Luar Kawasan : 6/1

Jumlah Mukim = 32
Mukim terjejas = 6
Mukim tidak terjejas = 26

JASIN (Kategori Merah)
Ayer Panas : 1/0
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 1/1
Chin Chin : 2/0
Chohong : 7/3
Jasin : 39/33
Kesang : 2/0
Merlimau : 2/1
Sebatu : 4/0
Serkam : 6/0
Umbai : 2/0

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Sementara itu semalam laman fb rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula memaklumkan bahawa KKM telah mengesan sejumlah kes positif Covid-19 yang melibatkan rakyat negara ini yang baru pulang dari luar negara. Perkara ini telah dijangka, memandangkan lebih daripadaΒ 180 buah negara di seluruh dunia telah terkesan akibat pandemik COVID-19.

Justeru, menurut KKM, tindakan mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk ditempatkan di stesen kuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertepatan.

Tambah KKM lagi, dalam tempoh 2 minggu sejak 3 April 2020, seramai 12,160 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantinkan. Daripada jumlah tersebut, setakat ini 7,910 individu telah disampel di mana 95 kes positif COVID-19 dikesan (iaitu 1.20%)

Astro Awani pagi tadi pula melaporkan kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini merekodkan 175,000 kes setakat jam 5 pagi, Rabu.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah keseluruhan : 5482
Kes Baharu : 57
Yang Masih Dirawat : 2041
Kes Sembuh : 3349
Kematian Baharu : 3
Jumlah kematian : 92