Home Artikel PAS Melaka

Wee Jeck Seng Calon Terbaik PRK Tanjung Piai – Papagomo

669 views
SHARE

Oleh : IBNU JANIE

Tanjung Piai : Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo menjelaskan bahawa beliau semenjak dari awal lagi konsisten menyokong Dato’ Sri Wee Jeck Seng sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Tanjung Piai walau pun beliau tidak begitu mengenali Wee secara dekat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang audiens yang bertanya tentang rasional pemilihan Wee Jeck Seng sebagai calon BN bagi PRK Tanjung Piai dalam satu sesi soal jawab ceramah kempen pilihanraya kecil ini di PDM Ulu Pulai, DUN Pekan Nanas dalam parlimen Tanjung Piai malam tadi.

Menurut Papagomo, banyak sebab mengapa beliau menyokong pencalonan Wee Jeck Seng. Antaranya, Wee telah dua penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat sebelum tewas pada PRU14 lepas. Ia memberikan kelebihan kepada Wee yang telah mempunyai pengalaman menabur bakti kepada pengundi di sini.

Tambah beliau lagi di saat satu Malaysia BN hanya mendapat sekitar lima peratus sahaja undi Cina dalam PRU2018, tapi Wee berjaya  mendapat 20 peratus undi kaum Cina dan kalah hanya dengan majoriti 500 undi sahaja.

“Matlamat kita nak menang perang, kita nak menang persepsi, kita nak menang besar. Jadi bila nak menang besar kita tidak boleh hanya dengan sokongan Melayu sahaja.

“Dan Dap pada waktu itu dia kata kita Taliban. Jadi bila kita letak calon MCA, Dap sebenarnya ‘mati kutu’. Kalau tidak dia akan cakap UMNO dan PAS ni taliban dan menakut-nakutkan orang bukan Islam.” Kata beliau lagi di hadapan ratusan hadirin yang kebanyakannya dari kalangan anak muda.

Program ceramah ini dikendalikan oleh Pemuda UMNO Melaka yang dipertanggungjawabkan untuk bertugas di kawasan ini.