Home Artikel PAS Melaka

Jentera BN Melaka Anjur Majlis Bacaan Yasin

167 views
SHARE

Oleh : IBNU JANIE

Tanjung Piai – Jentera Barisan Nasional (BN) Melaka telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat malam ini. Program dijalankan di rumah BN Melaka di PDM Pekan Nanas Selatan, DUN Pekan Nanas dalam Parlimen Tanjung Piai.

Program bacaan Yasin yang bermula seusai solat Maghrib berjemaah ini dipimpin oleh AJK PAS Kawasan Masjid Tanah saudara Azmi Sambul.

Program disertai oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Ab Rauf Yusoh, pimpinan UMNO Melaka bersama-sama lebih dari 150 orang petugas jentera pilihanraya UMNO Negeri Melaka yang bertugas untuk Pilihanraya Kecil Tanjung Piai ini.

Turut serta ialah rombongan petugas PAS Melaka yang diketuai Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Masjid Tanah, Saudara Rohizan Abd Rahman.