Home Berita PAS Johor

Waris Mendiang Kumutha Tidak Sangka Dapat Manfaat SkimPAS

1001
SHARE

Waris Mendiang Kumutha Tidak Sangka Dapat Manfaat SkimPAS

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Johor Bahru,29 september :Waris mendiang Kumutha A/P Raman tidak menyangka mereka akan mendapat manfaat perlindungan Skim Kifalah Ahli PAS berjumlah RM 10,000 selepas kematian anak mereka pada 13 Julai lalu.

Bekas Ketua Wanita DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) itu yang juga Pegawai Khas YBM Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff sebelum ini dilaporkan meninggal di Hospital Putrajaya kerana positif Covid-19 pada usia 42 tahun.

Mendiang sebelum ini ada membuat caruman SkimPAS yang merupakan Skim Khairat Kematian dan Perlindungan Kemalangan di bawah seliaan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS PUSAT, (LKKPP) dengan caruman serendah RM55 setahun.

Dr. Rosni Adam, selaku Pengerusi, LKKPP semalam menyerahkan replika cek bernilai RM 10,000 kepada keluarga mendiang, di sini.

Hadir sama, Pengurus Besar SKIMPAS Pusat, Abdul Razak Mohamed dan Perunding SkimPAS Kawasan (PSK) Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah yang juga Pengerusi LKK PAS Johor.

Dalam program yang sama, Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin juga turut menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga mendiang, diiringi oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail.

Turut hadir, PSK Kulai, Mat Yassima Mahmood dan AJK Dewan Muslimat PAS Johor, Roslita Rohani.