Home Berita PAS Kelantan

Waris Kifaalah, mangsa Covid-19 disantuni ADUN Bunut Payong

228
SHARE

KOTA BHARU, 9 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bunut Payong, YB Dato’ Dr Ramli Mamat menyantuni penduduk sambil menyampaikan Bantuan Skim Khairat Kifaalah dan Bantuan Pengurusan Jenazah COVID-19 kepada waris-waris yang telah mendaftar, semalam.

Program ziarah selama lima hari itu membabitkan 55 waris Skim Khirat Kifaalah dan 10 waris Bantuan Pengurusan Jenazah COVID-19 yang sebahagiannya disampaikan di Pusat Khidmat DUN (PKD) Bunut Payong.

“PKD Bunut Payong sentiasa peka dan prihatin dengan kebajikan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa dalam usaha menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan”, katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas PKD dan Penghulu Mukim yang mengiringinya.