Kulai, 12 Julai 2017 – Kemeriahan Syawal seakan tidak terasa apabila pemergian isteri tersayang yang disaksikan sendiri oleh suami ,En.Afree Bin Mohamed yang baru pulang dari kerja. Pastinya beliau masih trauma dengan apa yang berlaku apatah lagi pemergian isteri tersayang ditangisi oleh dua orang anaknya yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Anak sulungnya ,Affan Harith baru berusia 1 tahun 8 bulan dan Arisya Sofeana baru berusia 48 hari ketika isterinya, almarhumah Cikgu Siti Rohana Binti Redzuan dijemput ILLAHI.
Justeru, atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan guru maka Pn.Normala Sudirman selaku Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) telah bersama delegasi pendidik khususnya di kawasan Kulai, Johor telah mengadakan kunjungan mahabbah sempena AidilFitri di rumah kediaman almarhumah Cikgu Rohana di Taman Kota Kulai.
Selain dari warga pendidik terdiri kalangan guru kementerian dan guru dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) , Ustaz Juwahir Amin selaku Ketua Pemuda PAS Johor dan beberapa orang lagi turut bersama . Kehadiran delegasi pendidik telah disambut mesra oleh pasangan suami isteri iaitu Pn.Jamaliah Othman dan En.Redzuan Bin Abdullah selain suami almarhumah, En.Afree Bin Mohamed.
Bagi En.Afree, walaupun masih trauma dengan apa yang berlaku, namun hidup ini perlu diteruskan dengan penuh ketabahan dan semangat yang tinggi untuk membesarkan anaknya yang masih kecil. “Pendidik merakamkan ucapan takziah atas pemergian guru yang berdedikasi ini da mendoakan agar En.Afree tabah menempuh dugaan ” kata Pn. Normala ketika mengadakan kunjungan ziarah ini ,yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
“Walaupun rasa sedih dengan apa yang berlaku, sesungguhnya ALLAH SWT lebih menyayangi almarhumah dan kita doakan agar kedua orang anak kecilnya dijaga dengan baik serta diberi pendidikan sebaiknya agar menjadi insan yang berguna dan berjasa pada agama, bangsa dan negara” katanya lagi yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor.
Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan atas nama suami almarhumah iaitu En Afree Bin Mohamed ,no akaun Maybank : 10128189026. Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban dan menjadi ‘Saham Akhirat’ buat kita bersama.
Keratan akhbar Sinar Harian
{jathumbnailoff}