Home Artikel PAS Perlis

Pasukan Nasyid MADI Lakar Sejarah

646
SHARE

ARAU : Pasukan Nasyid Madrasah Diniah Islamiah (MADI) telah melakar sejarah apabila berjaya muncul sebagai naib johan dalam Festival Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2017 yang diadakan pada 12 Julai 2017 yang lalu.

Sejumlah 12 buah pasukan daripada sekolah-sekolah menengah seluruh negeri Perlis telah berentap dalam festival tahun ini yang diadakan di SMK Agama Arau, Perlis.

Pasukan nasyid Qatrunnada yang dianggotai seramai 7 orang pelajar MADI, telah tampil dengan persembahan yang cukup bertenaga yang berjaya menarik perhatian juri dan penonton, menerusi lagu yang berjudul AL-QURAN ASAS PENYEMPURNAAN ILMU DAN AKHLAK dan JASA IBU AYAH.

Johan edisi kali ini dimenangi oleh kumpulan nasyid daripada SMK Putra, Kangar manakala pasukan nasyid SMK Derma pula mendapat tempat ketiga.

Kejayaan ini disifatkan sebagai sangat bersejarah kerana usia Qatrunnada yang baru berusia tiga tahun, selain kejayaannya menewaskan pasukan-pasukan nasyid ternama yang selama ini mendominasi acara nasyid. 

{jathumbnail off}