Home Berita PAS Kedah

Wanita sejahtera perlu rajin cari ilmu contohi Saiditina Khadijah dan Saiditina Aisyah

269
SHARE

 

 

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 20 FEB – Wanita sejahtera perlu rajin cari ilmu contohi Saiditina Khadijah dan Saiditina Aisyah. Itulah kesimpulan yang dapat disimpulkan daripada forum yang diadakan dalam sebuah Program Himpunan Wanita Sejahtera pada Sabtu lepas bersempena Karnival Kedah Sejahtera.

Forum tersebut menampilkan dua pendakwah yang terkenal iaitu Ustazah Asmak Husin dan Ustazah Noraini binti Md Din atau lebih dikenali dengan Ustazah Nony.

Kedua-dua panel bersetuju tentang pentingnya ilmu untuk seorang wanita. Malah Ustazah Asmak menyatakan dalam forumnya bahawa wanita sejahtera perlu untuk mencari ilmu.

“Wanita sejahtera kena cari ilmu. Semasa hidup Saiditina Khadijah, beliau tidak lekang untuk menuntut ilmu. Malah beliau amat suka bertalaqqi dan berguru untuk mencari ilmu. Antara guru yang diminati dan diidolakan beliau ialah Waraqah bin Naufal.

Ilmu sangat penting! terutama ilmu agama. Dan yang terpaling penting ialah ilmu aqidah. Hal ini kerana pada masa kini kita sangat mudah untuk dikelabui oleh fahaman-fahaman liberalism dan feminism.” Ujarnya.

Manakala Ustazah Nony pula menjadikan ketokahan Saiditina Aisyah untuk dikongsikan ketika himpunan itu. Beliau memberitahu bahawa wanita sangat sinonim dengan pendidikan dan pengajian.

“Wanita tidak dapat dipisahkan dengan pengajian dan pendidikan. Dikatakan oleh Ulama’, bahawa Saiditina Aisyah ialah orang yang paling memahami apa sahaja yang dibuat, dikata dan diamal oleh Rasululullah. Sebab itu, beliau juga digelar sebagai cendiakawan.” Katanya.

Di sini kita dapat lihat bahawa benarlah Saiditina Khadijah dan Saiditina Aisyah R.A. merupakah dua tokoh wanita Islam yang perlu dicontohi, tambah-tambah lagi dua tokoh ini sangat sinonim dengan keilmuan.

Tanpa ilmu seseorang individu mungkin akan menerima bulat-bulat fahaman yang menyeleweng dan jauh daripada agama Islam. Sebagai contoh fahaman seleweng yang disebutkan oleh Ustazah Asmak ialah fahaman yang menyatakan perempuan tak perlu berkahwin kerana perkahwinan hanya akan menyusahkan wanita, dan wanita hanyalah hamba sek semata-mata. Sedangkan jika kita kembali kepada ilmu dan agama, perkahwinan adalah saling-melengkapkan dan tujuan perkahwinan adalah untuk membiak generasi. Selain itu fahaman-fahaman yang salah seperti menuntut kesamarataan hak wanita dan lelaki, menggesak untuk menerima LGBT dan banyak lagi.

Oleh hal demikian, ilmu sangat penting untuk dipelajari kerana ilmu akan menjadi benteng diri dalam menghadapi setiap penyelewengan. Tetapi perlu diketahui, ilmu sahaja tidak memadai. Perlu diiringi dengan amal. Oleh itu Ustazah Nony berkongsikan 10 ciri-ciri yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 35 untuk diamalkan.

Firman Allah:

إِنَّ ٱلْمُسْلِمِينَ وَٱلْمُسْلِمَٰتِ وَٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ وَٱلْقَٰنِتِينَ وَٱلْقَٰنِتَٰتِ وَٱلصَّٰدِقِينَ وَٱلصَّٰدِقَٰتِ وَٱلصَّٰبِرِينَ وَٱلصَّٰبِرَٰتِ وَٱلْخَٰشِعِينَ وَٱلْخَٰشِعَٰتِ وَٱلْمُتَصَدِّقِينَ وَٱلْمُتَصَدِّقَٰتِ وَٱلصَّٰٓئِمِينَ وَٱلصَّٰٓئِمَٰتِ وَٱلْحَٰفِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَٱلْحَٰفِظَٰتِ وَٱلذَّٰكِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرًا وَٱلذَّٰكِرَٰتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Ertinya: Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

Dapat diringkaskan, 10 perkara tersebut ialah:

  1. Melengkapkan diri dengan keislaman
  2. Tidak cukup hanya dengan Islam, tetapi perlu menjadi seorang mukmin
  3. Menjadi orang yang taat
  4. Benar dalam setiap tindakan
  5. Sabar
  6. Khusuk (takut), boleh dirujuk dalam Surah Al-Mukminun
  7. Banyak bersedeqah
  8. Berpuasa
  9. Menjaga kemaluan/ maruah
  10. Banyak ingat Allah

Apabila semua perkara di atas dilaksanakan dalam kehidupan seharian, maka Allah akan menganjarkan 2 perkara. Iaitu:

  1. Mendapat keampunan daripada Allah
  2. Pahala yang besar (Syurga)

Jadi kepada semua wanita ayuhlah menjadi wanita sejahtera yang berilmu!