Home Melaka

Celoteh Hang Luku | Pengantin tak boleh pakai keris lagi lepas ni?

358
SHARE

Oleh HANG LUKU

ALHAMDULILLAH, program Himpunan Pemuda! Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 di Setiu baru-baru ini mendapat publisiti meluas disebabkan kostum dan replika senjata ala-ala tentera Islam zaman Rasulullah SAW.

Nampaknya geng ‘pengencing+penyamun’ ni alergi sangat dengan imej ala tentera Rasulullah SAW ini. Semuanya macam cacing kepanasan. Memang panaslah bila ditonjolkan imej dan gambaran Islam.

Meluat pula Hang Luku melihat cybertrooper ‘geng pengencing+penyamun’ yang memainkan isu ini seolah-olah PAS melanggar akidah dan sebagainya. Relekslah, bodoh tu simpan sikit…

Ada seorang cybertrooper geng ‘pengencing+penyamun’ menulis dalam satu catatan yang tersebar katanya ‘PAS mencarik-carik imej kedamaian Islam’. Eh, carik nau?? Tak payahlah nak poyo sangat!

Sebenarnya isunya cuma replika senjata sahaja. Itu pun jika terkait dengan soal undang-undang. Takkan memakai pakaian ala tentera Rasulullah SAW menjadi satu kesalahan dan dosa besar? Eh, janganlah dungu sangat!

Gambar hiasan (kredit foto Google)

Hang Luku terfikir pula macam manalah agaknya bila ‘geng pengencing+penyamun’ ni bila dia tengok pengantin Melayu bersanding yang lelaki ada tersisip keris di pinggang?

Mesti mereka akan kata tindakan menggunakan aksesori keris itu boleh mencarik-carik imej Melayu di mata masyarakat bukan Melayu.

Iyalah, takut lepas ini mereka haramkan penggunaan keris sebagai salah satu aksesori pengantin lelaki. Jangan main-main, mereka berkuasa sekarang. Hahaha!

HANG LUKU : Belum kahwin lagi, masih bujang.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH