Home Berita PAS Johor

Wanita PN Johor rakam ucapan tahniah pelantikan TPM

47
SHARE

Wanita Perikatan Nasional Johor Rakam Ucapan Tahniah Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Baharu.

1. Wanita Perikatan Nasional Negeri Johor (Wanita PN Johor) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang mana pelantikan ini telah diperkenankanoleh DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong .

2. Wanita PN Johor optimis dan percaya dengan kebolehan dan wibawa yang ada pada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk menggalas tanggungjawab sebagai TPM berdasarkan pengalaman luas beliau khususnya sebagai seorang Menteri dan Menteri Kanan sebelum ini.

3. Beliau juga merupakan seorang pemimpin UMNO paling kanan dalam kabinet Kerajaan Perikatan Nasional.

4. Di kesempatan ini juga, Wanita PN Johor ingin mengucapkan tahniah kepada YB. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ahli Parlimen Semberong yang dilantik sebagai Menteri Kanan, sebelum ini beliau telah menjawat sebagai Menteri Luar Negeri.

5. Kredibiliti dan prestasi beliau diyakini dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan PN dan diharap dapat berganding bahu dari segi pemikiran dan tenaga dengan semua Menteri Kabinet yang lain .

Sekian,terima kasih.

Wassalam.

“PERTAHANKAN PERIKATAN NASIONAL, PERKUKUHKAN MUAFAKAT NASIONAL”.

Salam hormat:

NORMALA SUDIRMAN

Ketua Penerangan

Wanita Perikatan Nasional Negeri Johor.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.

9 Julai 2021.