Wakil Ulama Johor Kunjungi Jabatan Bomba
Oleh : ‘Aisyaa Yasmin
Johor : Ulamak mengiktiraf jasa dan pengorbanan pasukan bomba dalam merisikokan diri sendiri untuk menyelamat dan memberi perlindungan kepada masyarakat.
Justeru, bersempena dengan Hari Bomba 4 Mei 2019 , PAS Kawasan Bakri diketuai oleh Ketua Urusan Ulama, Ustaz Zarul Salleh mengambil peluang berkunjung ke balai bomba sekali gus menyampaikan pulut kuning sebagai tanda penghargaan.
Sebelum ini, DMPM menerusi Ustazah Nuridah turut memuji mereka yang memilih bomba sebagai profesion kerana sanggup bertarung nyawa meredah api, air, binatang berbisa dan pelbagai bentuk bahaya yang lain bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia.
Namun lain pula jadinya bila mana kes membabitkan Allahyarham Adib dipandang sepi dan dilihat seolah-olah ada ‘cover-up’ usaha untuk menutup punca kematian ahli bomba, Allahyarham Mohd Adib Mohd Kassim, petikan lidah rasmi PAS, Harakah.
Menurut peguam yang mewakili kes allahyarham Adib, Zubir Embong berkata ada dua versi yang membahaskan mengenai punca kematian Adib.
“Dalam mahkamah ada dua versi, versi pertama, Adib mati akibat terlibat kemalangan dan versi kedua Adib mati kerana dipukul. Ia sebagaimana yang dilaporkan di dada akhbar,” kata Zubir di Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di ibu negara selalam.
Lantaran itu, PAS kawasan Bakri amat berharap keadilan dapat ditegakkan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pasukan bomba seluruh Malaysia.