Home Berita PAS Johor

PH Bagai Dirasuk Dengan Penyatuan Ummah PAS- Umno

2358
SHARE

Pakatan Harapan (PH) ‘bagai dirasuk’ dengan agenda penyatuan ummah PAS-Umno

3 Mei 2019 – “Kita lihat penyatuan ummah daripada umat Islam dan Melayu pada hari ini memjadi tumpuan rakyat Malaysia bukan sahaja daripada kalangan UMNO dan PAS, tetapi juga NGO-NGO. Begitu juga kita melihat bagaimana PH (DAP, PKR, PPBM dan PAN) juga memberi perhatian. Jika sebelum PRU-14, PAS dituduh bergabung dengan UMNO kerana mahu memburukkan PAS sedang gabungan tersebut tidak berlaku. Kini, apa bila berlakunya kerjasama antara PAS dan UMNO, mereka bersungguh menghalang kerjasama ini supaya mereka yg dikatakan ‘Kerajaan Sepenggal’ dapat bertahan.”

Demikian ucapan pendahuluan Ustaz Rosli Jabar Adun Tanjung Lumpur merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang dalam Ceramah Perpaduan Ummah di Pekan Seri Tanjung, Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang Johor. Terdahulu, Ahmad Maslan Ahli Parlimen Pontian berucap menjelaskan senario politik hari ini yang begitu caca merba oleh kerajaan PH. Turut hadir dalam majlis tersebut Ustaz Abdullah Husin Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail YDP PAS Tebrau dan Maulizan Bujang Ketua Bahagian UMNO Tebrau.

Ustaz Rosli Jabar turut menjelaskan dua konsep yang diamalkan oleh PAS dalam strategi politiknya iaitu Tahaluf Siyasi (gabungan politik) dan Ta’awun Siyasi (kerjasama politik). PAS mengambil pendekatan Tahaluf Siyasi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dahulu kerana pada waktu itu mereka tidak menunjukkan sikap menentang Islam. Bagaimanapun, setelah DAP menang, mereka tidak lagi menyembunyikan sikap sebenar mereka yang menentang PAS, menentang Islam dan para Ulama’ walaupun isu-isu umat Islam yang mereka tentang ini langsung tiada kaitan dengan mereka. Mereka menentang RUU 355 yang hanya tertakluk kepada umat Islam.

Manakala kerjasama (Ta’awun) PAS bersama UMNO setelah UMNO kalah dalam PRU-14 dilaksanakan atas kepentingan Islam dan Melayu serta kedaulatan negara. Inilah asas kerjasama yang dilakukan oleh PAS, kerana prinsip dan dasar PAS adalah Islam.