Home Berita PAS Kedah

Wakil rakyat yakinkan penduduk daftar vaksinasi

11
SHARE

PADANG SERAI – ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali telah menggiatkan usaha mengadakan kempen pendaftaran suntikan imunisasi COVID-19 kepada para penduduk setempat.

Kempen beliau yang disertai para pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Merbau Pulas itu turut menyampaikan sumbangan buat keluarga penduduk yang terjejas di Bagan Sena, Kulim, di sini.

Pada lawatan keprihatinan menjengah sendiri keadaan hidup warga penduduk itu, Siti Ashah turut diiringi Penyelia KEDA Bagan Sena, Mohd Zarith Fazwan Zakaria dan Ketua 4P KEDA Bagan Sena, Dahalan Darus.

Beliau telah memberikan sumbangan untuk 108 keluarga di situ dengan 12 keluarga daripadanya sempat dikunjungi bagi serahan daripada rumah ke rumah selain mengingatkan mereka mengenai daftar vaksin.

Daripada penerangan beliau sampaikan, terdapat penduduk yang mulanya enggan mendaftar akhirnya terbuka hati sedia untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut demi kepentingan bersama.

Persetujuan telah diberi melalui Dahalan untuk dipanjangkan ke pihak berkenaan dan Siti Ashah turut merakamkan penghargaan kepada anggota RELA dan APM yang terlibat sama