Home Berita PAS Sabah

Bantu golongan terjejas pendapatan sepanjang PKP 3.0

65
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad

28 Jun 2021

PUTATAN : Sebanyak 30 bakul makanan terdiri daripada keperluan dapur seperti beras, telur, gula dan tepung diagihkan kepada penduduk setempat di Kampung Serigai, Putatan dan di Kampung Pituru, Lok Kawi dalam Parlimen Putatan.

Program agihan bakul makanan ini diketuai oleh Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin, Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Putatan.

Agihan itu menumpukan kepada penduduk yang terjejas pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Zulzaim berkata, kita mendengar dan merasai keluhan penduduk setempat yang ramai antara mereka bekerja harian. Ini kerana, bagi mereka tidak dapat turun bekerja sehari bermakna tiada sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

“Saya kira ini adalah pek bungkusan bentuk sumbangan asas bagi membantu keluarga saudara kita bagi meneruskan kelangsungan hidup”. Ujarnya.

“Kami juga ingin mengucapkan ribuan terimah kasih kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Putatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut membantu urusan agihan bakul makanan ini”. Tambahnya lagi.

Akhirnya beliau menyeru agar warga komuniti sentiasa memerhati jiran tetangga agar peka akan keadaan sekeliling dan mengajak untuk bersama menyalurkan sumbangan sebagai satu bentuk amal jariah.

Dalam majlis yang sama, beliau juga menerima serahan borang keahlian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) daripada penduduk kampung.