Home Berita PAS Kedah

Wakil Rakyat Pedu cakna nasib nelayan ikan air tawar

251
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA, 8 Nov – ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin menyerahkan benih Ikan Talapia Merah berjumlah 7000 ekor kepada wakil ahli Komuniti Sangkar Mong Gajah, Encik Rosli Saad di Mong Gajah Tasik Pedu, semalam.

“Bantuan Projek Dana Jaminan Makanan oleh Pejabat Perikanan Negeri Kedah ini akan memudahkan urusan perniagaan secara komersial untuk industri Talapia selain menjadi salah satu tempat tarikan pelancong ke Dun Pedu.

“Bantuan geran perikanan ini juga akan memberi pengeluaran hasil yang lebih tinggi dan secara tidak langsung akan menambah pendapatan ahli usahawan Komuniti Sangkar Mong Gajah.” kongsi YB kepada Media PKWR Dun Pedu.

Encik Rosli Saad wakili kumpulannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberikan geran tersebut.

“Terima kasih YB dan Pihak Perikanan Negeri Kedah yang datang penyerahan geran usahawan pada hari ini. Saya bersyukur kerana dengan adanya bantuan geran ini dapat meringankan beban kami sebagai usahawan perikanan air tawar”, katanya.

Turut serta, Pengarah Perikanan Kedah, Tuan Shukri Deris, Pegawai Khas Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu Encik Mohamad Talib dan Pengerusi JPKK Kampung Pinang.