Home Berita PAS Kedah

Wakil rakyat PAS luangkan masa santuni penduduk

100
SHARE

NAKA – ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md. Amin terus mengisi waktu menyantuni rakyat dan masyarakat setempat dengan program yang disusun bagi menyelami denyut nadi rakyat di samping mengenali antara satu sama lain.

Bermula jam 5.30 petang, YB menziarahi dan menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada empat penduduk uzur di Kampung Lebai Saman, baru-baru ini.

YB juga berpeluang berbuka puasa bersama rakyat di Surau Kampung Lebai Saman serta sempat berterawih berjemaah.

Dimaklumkan, aktiviti ziarah dan berbuka puasa di masjid ini adalah aktiviti tahunan YB menjelang bulan Ramadan.