Home Berita PAS Kelantan

Wakil rakyat ambil maklum status pembangunan di Pasir Puteh

54
SHARE

PASIR PUTEH, 12 Jan: Prihatin terhadap pembangunan setempat dan keselamatan rakyat , Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, YB Rodzi Jaafar berkunjung ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Pasir Puteh untuk mengetahui status terkini perkembangan pembangunan semasa.

“Berkaitan jalan rosak di Jambatan Sungai Gaal, pihak JKR telah memohon peruntukan untuk menyenggara dan Insya-Allah perkara tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat ini,” tulis YB Dr Nik Zawawi menerusi laman sosialnya, semalam.

Catatnya lagi, tujuan utama kunjungan tersebut ialah bagi mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan sedia ada dan perancangan yang dibuat untuk kerja-kerja menaik taraf jalan, pembangunan, pembesaran jambatan dan lampu jalan di bawah seliaan JKR.

Sehubungan itu, beliau mengambil pendekatan untuk memanjangkan hal tersebut kepada Kerajaan Persekutuan supaya disegerakan proses pelaksanaannya.