Home Berita PAS Johor

Lajnah kebajikan PAS Johor santuni murabbitun

69
SHARE

Oleh Nazirul Munir

Kluang, 29 Apr : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Negeri Johor mengadakan program Iftar Jamaie dan sumbangan untuk murabbitun di Restoran Bandar Hadramaut Parit Raja beberapa hari lepas.

Program yang bertujuan untuk memberikan sumbangan duit raya kepada murabbitun yang menetap di Simpang Renggam.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Johor, Jubri Selamat, kebajikan PAS Johor menyantuni murabbitun di beberapa peringkat.

“Kita menyantuni guru Madrasah Al-Masriyah seramai 21 orang dan mereka ini merupakan murabbitun dan penggerak jemaah.

“Kita adakan kolaborasi dengan Yayasan Amal Malaysia Negeri Johor untuk mengagihkan sumbangan ini”, ujarnya.

Sebelum ini, lajnah kebajikan telah memberikan sumbangan kepada murabbitun di Labis, petugas barisan hadapan di Kota Tinggi dan menyantuni 18 orang Muallaf di Simpang Renggam.

Turut hadir, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor, Ustaz Azlisham Azahar serta timbalan pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Negeri Johor, Khairul Anuar Ahmad Kamil.