Home Berita PAS Kedah

Wacana Palestin semarakkan kempen sumbangan dana fasa 2

96
SHARE

ALOR SETAR- Dalam usaha menyemarakkan kempen sumbangan fasa ke-2 Aid4Palestine, PAS Kedah melalui lajnah Penerangan dan Media Baru menganjurkan program “Wacana Palestin” bagi membincangkan persoalan dan gerak kerja bantuan yang akan disalurkan pasca perang 11 hari Palestin – Zionis Israel baru-baru ini.

Program bual bicara siri pertama yang disiarkan secara maya ini menampilkan dua figura muda, Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi selaku Pengerusi Aid4Palestin merangkap Pengerusi lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan Senator Ustaz Ahmad Yahaya, Pesuruhjaya PAS Kedah manakala Ustaz Mohd Rosli Azmi selaku moderator.

Ahli panel jemputan, Ustaz Abdul Khalil menghuraikan detik tercetusnya kewujudan kempen dan tabung Aid4Palestin dibawah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Difahamkan kempen ini mendapat restu Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin agar digerakkan mobilasasi rakyat bagi membantu rakyat Palestin di sana.

“Penghargaan saya ucapkan kepada PAS Relief kerana berjaya mengumpul sumbangan lebih dari RM12 juta untuk tabung Aid4Palestin di mana sumbangan PAS Negeri Kedah adalah termasuk di dalam amaun tersebut.” katanya.

Ahli panel ke-2, Ustaz Ahmad Yahaya menerangkan usaha yang dilakukan oleh PAS Kedah mengumpul sumbangan lebih RM1.64 Juta hanya dalam tempoh 5 hari yang membuktikan solidariti semua pihak untuk membantu saudara yang dutindas oleh Zionis – israel.

” PAS Kedah komited untuk meneruskan sumbangan ini bagi fasa ke-2 dengan sasaran sebanyak RM2 juta.” katanya.

Wacana Palestin akan disiarkan setiap malam sebanyak 5 siri akan menampilkan beberapa ahli panel bagi mengupas isu-isu berkaitan Palestin. Antaranya ialah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor selaku pengerusi PAS Relief.