Home Berita PAS Kedah

Exco Kedah : Pasukan komunikasi bantu rakyat perolehi berita sahih

81
SHARE
POKOK SENA – Dalam usaha kerajaan menyalurkan maklumat dan informasi yang tepat dan sahih kepada rakyat, terdapat dalang daripada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu sehingga menimbulkan kekalutan dan kekeliruan dalam masyarakat.
Pengerusi Penerangan dan Komunikasi Negeri Kedah, YB Wan Romani Wan Salim hari ini mempengerusi mesyuarat  Jabatan Penerangan Negeri Kedah secara atas talian bagi mewujudkan Pasukan Komunikasi untuk memantau anasir terbabit, di sini.
“Melalui pasukan ini, maklumat terkini berkaitan situasi terkini seperti SOP Perintah Kawalan Pergerakan, program vaksinasi, pembudayaan norma baharu dan lain-lain berkaitan Covid-19 yang lebih tepat akan dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kedah kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan.”
Katanya, “Jabatan Penerangan Negeri Kedah akan memperkasakan penyampaian maklumat selain program Info On Wheels (IOW) yang bakal dilaksanakan oleh Pejabat Penerangan di setiap daerah.”
Pasukan ini akan dianggotai oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Jabatan Penyiaran Negeri Kedah dan Jabatan Penerangan Negeri Kedah sebagai Urusetia.
” Saya berharap usaha yang dibuat ini akan memudahkan orang ramai mendapatkan saluran maklumat yang tepat dah sahih berkaitan isu semasa Covid-19.” tambahnya lagi.