Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

VIRUS WUHAN (2019-nCoV)

746
SHARE

🌹Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera 🌹

VIRUS WUHAN (2019-nCoV)

✳ MusMedik kembali bersiaran membawakan pesanan buat seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi.

✳ Setakat hari ini (Selasa 4 Februari 2020), angka kematian melibatkan jangkitan virus 2019-nCoV telah meningkat kepada 425 orang di China, dengan satu kematian baru di luar negara China, iaitu di Filipina.

✳ Jumlah kes yang disahkan mencecah lebih 20,000 kes, serta melibatkan lebih 24 buah negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

✳ Muslimat Medical Team (MusMedik), Dewan Muslimat PAS Malaysia sekali lagi menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mengamalkan langkah berjaga-jaga demi mengelakkan penularan wabak ini.

✳ Akronim W-U-H-A-N diharapkan dapat membantu kita semua dalam mengingati langkah-langkah yang perlu diambil perhatian.

✳ Selain daripada itu, teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar menyelamatkan negara kita daripada keganasan wabak ini. Kita juga mendoakan rakyat di seluruh dunia, terutama di negara China agar diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi wabak ini.

✳ Kepada Allah SWT kita memohon ampun, dan kepadaNya jua kita memohon pertolongan.

💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚

Dr Reen Mohd. Amin
Pengarah Jabatan MusMedik
Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selasa 04.02.2020

#projekpesanMusMedik
#SihatkeranaAllah

Sumber : _World Health Organization (WHO)_