Home Berita PAS Pahang

PJ PAS Pahang ulas kontroversi Sajad di Mekah

1738
SHARE

 

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar, agar kerajaan perlu agresif untuk membendung aktiviti pondan dan pemulihan ke atas golongan tersebut di negara ini agar kes seperti Sajad ke Tanah Suci ini tidak berlaku lagi.

 

Beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur, menulis demikian setelah diminta mengulas isu usahawan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman atau Nur Sajat dan rakan-rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.

 

Tulis beliau, apa yang menjadi masalah ialah penentuan terhadap jantinanya ekoran sering berbolak-balik dari sudut pengakuan terhadap jantinanya, iaitu kekadang mengaku perempuan dan pada masa yang lain mengaku khunsa.

 

“Keadaan ini menimbulkan pelbagai polemik dari masyarakat sehingga berlaku perkara yang memalukan negara di Mekah. Sebenarnya hukum feqah sudah jelas, namun beliau masih berbolak balik, justeru pihak kerajaan terutama Kementerian Kesihatan arahkan Sajad untuk dibuat pemeriksaan secara teliti.

 

“Walaupun, saya yakin pemeriksaan itu akan dapat buat keputusan paling tepat dan isytiharkan kepada rakyat kedudukan jantinanya. Jika khunsa, perlu diisytiharkan kecenderungannya mengikut hukum feqah yang telah jelas.

 

“Jika memang dia bersalah dan bukan dia sahaja, semuanya yang menyerupai beliau, dididik dan dibimbing supaya kembali kepangkal jalan. Jika kerajaan boleh membina pusat pemulihan penagih dadah, buat juga pusat untuk mereka kerana hanya Ilmu dan Iman akan kembalikan mereka kepada fitrah,” tulisnya.

 

Beliau menambah, cukuplah Malaysia dan rakyatnya berbicara tentang perkara yang memualkan ini, sehingga ada yang memaki dan mencerca ibubapanya.

 

Sedangkan, ramai percaya ibu bapanya sendiri tidak merestui keadaannya.

 

“Kita pun tidak ketahui, entah apa nasib yang akan berlaku kepadanya dengan hukuman menceroboh di ruangan Muslimat agak berat.

 

“Dia bersalah atas perbuatannya, tetapi kerajaan juga perlu menyesali atas kelalaiannya. Membiarkan mereka, malahan dia mendapat sokongan pula atas nama hak asasi. Bila berlaku begini, kerajaan salahkan dia. Kerajaan perlu agresif utk bendung kes begini dan berusaha pulihkan mereka,” tegas beliau.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof sebelum ini pernah meraikan kumpulan ini. Manakala timbalannya Fuziah Salleh, pernah mencadangkan agar golongan pondan diberi peluang menggunakan tandas wanita.