????????? ???? ??????? ???? ???????? ?????? ??????
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya akan meneliti situasi dihadapi pelajar yang terjejas mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian ketika ditempatkan di PPS.
“Mengikuti data, lebih 50 peratus pelajar seluruh negeri tidak boleh mengakses capaian internet bagi mengikuti pembelajaran dalam talian.
“Bagaimanapun, pihak sekolah ada menggunakan alternatif dengan menyediakan modul latihan dan nota secara manual yang perlu diambil pelajar di sekolah bagi mengelakkan mereka tercicir dalam pelajaran,” katanya.
Menerusi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semanggol juga akan berusaha membantu pelajar terkandas di PPS.