Home Berita PAS Kelantan

Vaksinasi barisan hadapan industri tani capai 80 peratus

18
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

PASIR PUTEH, 3 Okt: 80 peratus daripada 520 ribu penggerak barisan hadapan industri pertanian melibatkan petani, nelayan, peladang, penternak di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi berkata, Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan kini memberi fokus kepada vaksinasi 100 peratus dalam tempoh terdekat.

“Kita mahu sektor ekonomi dalam negara ini berjalan lancar dan pemulihan ekonomi negara ini berlaku dalam keadaan berstrategi iaitu melalui tuntutan keperluan ekonomi dan keperluan kesihatan kepada seluruh rakyat di negara”, katanya pada Program AiVAc di Pusat Khidmat DUN Semerak.

Pelbagai agensi di bawah Kementerian digerakkan untuk berkempen dan mendaftar individu terlibat agar capaian maksimum vaksinasi dapat membantu pembukaan sektor pertanian dan perniagaan tani.

Turut hadir, ADUN Semerak YB Wan Hassan Wan Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, Datuk Badrul Hisham Mohamad serta Ketua Pengarah LKIM, Yusoff Othman.