COVID-19 akan hidup dan terus bersaing bersama kita sebagaimana virus-virus yang lain. Walaupun kita telah disuntik dengan vaksin, namun kita masih lagi boleh dijangkiti cuma kesan bahayanya adalah rendah.
.
Kementerian Kesihatan Malaysia sedaya mungkin dengan kesungguhan dan kepakaran yang ada sentiasa memberi khidmat yang terbaik untuk kesihatan rakyat.
.
Kita sebagai rakyat perlu melakukan apa yang boleh kita buat demi menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga dari bahaya wabak COVID-19 ini.
.
Apa yang boleh kita lakukan ialah cuba hidup dengan norma baharu kerana suatu hari, kerajaan akan membuka sektor kehidupan seluruhnya.
.
Pematuhan S.O.P kendiri adalah jawapannya. Kita pakai pelitup muka dengan sempurna adalah untuk keselamatan kita. Tidak berada dalam tempat yang sesak dan masa yang terlalu lama adalah juga untuk cegah penularan dan untuk jaga kita. Tidak keluar dan berbual hingga larut malam juga untuk kebaikan kita. Inilah antara usaha yang mampu kita lakukan.
.
Moga kita terus bersama mematuhi S.O.P yang telah diberikan dan seterusnya menjalani kehidupan seperti sediakala. Kita sendiri yang menentukan kejayaan kita bersama.
Catatan 120721.
DIH