Home Rencana PAS Kelantan

TBC 2023: Semoga agenda Perpaduan Nasional terus utuh

38
SHARE

Perayaan Tahun Baru Cina (TBC) bermula dari hari pertama bulan pertama dalam kalendar qamari Cina.

Bagi tahun 2023, cuti perayaan sempena perayaan Tahun Arnab diwartakan pada 22 hingga 23 Januari iaitu pada hari Ahad dan Isnin.

Serentak itu, seluruh penjawat awam di Kelantan beroleh peluang bercuti panjang bermula Khamis petang.

Tidak terkecuali buat para perantau, berhati-hati memandu ketika pulang bercuti ke kampung halaman.

Rancang teliti perjalanan, pastikan kesihatan pemandu dan penumpang stabil serta kenderaan dalam keadaan β€œtip top”.

Kelincahan sifat arnab sewajarnya memotivasi kita aktif berziarah sesama kaum kerabat dan handai taulan.

Rebutlah peluang mengeratkan semangat kebersamaan demi keutuhan perpaduan kaum di Kelantan yang kita warisi sejak zaman nenek moyang.

β€œSet Kito Jange Pecoh” umpama azimat keramat yang wajar kita genggam erat sebagaimana utuhnya pautan hati sesama rakyat Kelantan berbilang bangsa dan agama.

Asimilasi adat resam rakyat Kelantan meskipun berbeza kepercayaan, memantulkan aura keharmonian yang unik.
Refleksinya, majoriti rakyat Kelantan berjelira makan nasi ulam cecah budu, ikan singgang sambil berpelikat, bersila lendit melingkung hidangan.

Oleh itu, marilah kita bersyukur atas nikmat kemakmuran negeri yang dikecapi selama hampir 33 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam.

Semoga model perpaduan kaum yang rakyat Kelantan amalkan menjadi contoh kepada semua.

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA TAHUN 2023

Xin Nian Kuai Le

Salam perpaduan daripada:
KAMARUZAMAN MOHAMMAD
Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan.