Home Artikel PAS Sabah

Pemuda PAS seru anak muda menangkan BN di Kimanis

1579
SHARE

Oleh : Mustaman Bin Mustain
12 Januari 2020

KIMANIS : Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilme Abidin menyeru anak muda di parlimen ini untuk mengundi BN pada 18 Januari sekaligus memberi kemenangan kepada rakan muafakat PAS itu dalam PRK Kimanis yang sedang berlangsung.

Beliau menegaskan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan pengundi Kimanis dalam siri penerangan bersama Pemuda UMNO dan BN di Tamu Bongawan, dekat sini semalam.

Katanya lagi, kemenangan BN dalam PRK kali ini adalah sebagai isyarat kepada Warisan / PH untuk menghentikan segala kerosakan yang mereka lakukan kepada negara termasuk perlunya menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat.

Zulzaim turut menyatakan komitmen Pemuda PAS yang telah berkampung di Kimanis sejak penamaan calon sebagai usaha bersama bagi membantu BN menang dengan majoriti besar pada 18 Januari ini.

Tambahnya, Warisan / PH dilihat semakin gerun dan takut dengan kerjasama politik yang dijalinkan oleh PAS dan UMNO iaitu Muafakat Nasional kerana menggugat survival politik mereka.

Jelasnya, ia dibuktikan apabila PAS merupakan parti yang paling banyak dikritik oleh parti komponen PH / Warisan termasuk Upko dan Pan walaupun PAS tidak bertanding dalam PRK kali ini.

Hadir sama dalam siri penerangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan dan Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain serta puluhan jentera daripada Pemuda PAS.