Home Berita PAS Perlis

Penutupan premis terakhir realisasikan agenda Perlis sifar premis judi

36
SHARE

 


AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERLIS
KENYATAAN MEDIA

PENUTUPAN PREMIS TERAKHIR REALISASIKAN AGENDA PERLIS SIFAR PREMIS JUDI

Penutupan premis judi terakhir pada 6 Mac 2024 secara rasminya menjadikan Perlis negeri sifar premis judi seperti yang dihasratkan oleh kepimpinan kerajaan negeri Perlis.

Sebelum ini terdapat sebanyak enam premis judi, empat daripadanya telahpun ditutup pada tahun lalu manakala yang kelima pada 31 Januari lepas.

Kerajaan negeri amat sedar bahawa aktiviti perjudian membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, justeru keputusan untuk menghentikan lesen premis judi ini adalah demi memastikan rakyat pelbagai agama dan kaum di negeri ini dapat hidup dengan selamat dan sejahtera.

Berhubung soal aktiviti perjudian secara haram, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi-agensi yang bertanggungjawab manakala rakyat turut diajak agar berganding bahu dengan membantu menyampaikan maklumat agar isu berkenaan dapat ditangani secara holistik dan berkesan.

Alhamdulillah, melalui usaha kecil ini, kerajaan negeri berharap agar Perlis terus mendapat limpahan barakah dan rezeki daripada Allah SWT yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat di negeri ini.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“TAHUN MELAWAT PERLIS 2024 – 2025”

YB ASRUL AIMRAN ABD JALIL
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis