29 April 2018,Ahad – Calon PAS Padang Terap PRU 14 bagi kerusi Parlimen P007 Padang Terap , Ustaz Mohd Azam Aziz mengajak rakyat Padang Terap khususnya para pengundi supaya membuat perubahan kearah kehidupan yang lebih sejahtera dengan memberikan sokongan kepada PAS pada PRU kali ini seiring dengan tema manifesto Gagasan Sejahtera yang diketuai PAS iaitu Malaysia Sejahtera.
Ustaz Mohd Azam Aziz yang akan berhadapan dengan penyandang kerusi Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid (BN) dan juga daripada calon Pakatan Harapan Kharizal Gahzali seperti yang diumumkan semasa penamaan calon 28 April 2018 lalu bertekad untuk memastikan kerusi parlimen Padang Terap dimenangi oleh PAS pada PRU kali ini.
Kemenangan ini penting untuk perubahan yang ingin dibawa PAS iaitu perubahan sistem negara daripada sistem yang sedia kepada system berasaskan prinsip Islam yang lebih adil dan mencakupi aspek dunia dan akhirat.
Sistem sedia ada sekarang dilihat tidak mampu mensejahterakan rakyat terutama dari aspek pembagunan insan dan juga polisi kerajaan memerintah yang banyak menekan hidup rakyat seperti pendidikan yang perlu dibayar dan juga sistem pencukaian yang tidak adil serta menekan rakyat.
Sebagai contoh perubahan tersebut ialah apabila Padang Terap menyumbang kemenangan 1 kerusi Parlimen kepada PAS pada PRU 14 nanti seterusnya melengkapkan cita-cita Gagasan Sejahtera untuk membentuk Kerajaan Malaysia Sejahtera melalui kemenangan yang diperolehi akan dapat meringankan beban golongan muda yang berasal dari Padang Terap melalui penghapusan hutang PTPTN seperti yang disebut dalam tawaran utama manifesto Gagasan Sejahtera.
Ibu bapa bagi golongan pelajar universiti ini dari kalangan orang yang susah, membanting tulang empat kerat melalui menorah getah, berkebun dan bersawah.Mereka mengharapkan apabila anak berjaya lulus universiti dapat membantu meringankan beban hidup mereka tetapi anak-anak mereka apabila keluar universiti terpaksa menanggung beban hutang kewangan yang tinggi sehingga tidak mampu membantu ibu bapa mereka akibat daripada terpaksa membayar hutang PTPTN yang banyak.
Bahkan lepih perit lagi apabila peluang pekerjaan sangat terhad sehingga ada dikalangan ibu bapa terpaksa membayar hutang PTPTN anak-anak mereka yang tidak memperolehi sebarang pekerjaan sedangkan tuntutan hutang PTPTN mesti dibayar mengikut jadual.
Dengan tawaran Gagasan Sejahtera untuk melupuskan hutang PTPTN dapat memberikan pendapatan boleh guna yang besar kepada anak-anak Padang Terap seterusnya meringankan tekanan kos sara hidup ibu bapa mereka yang tinggi masakini apabila mereka berupaya membantu keluarga.
Akta PTPTN diperkenalkan pada tahun 1997 oleh Barisan Nasional di bawah Tun Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Razak pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan. Gagasan Sejahtera mencadangkan untuk melupuskan hutang pinjaman PTPTN yang berjumlah RM8 bilion.
Sebagai anak jati tempatan, suara dan rintihan penduduk setempat sudah menjadi keprihatinan beliau sepanjang menjadi Yang DiPertua PAS Padang Terap.Isu kemiskinan dan kos sara hidup yang tinggi dapat dikurangkan melalui tawaran pelupusan hutang PTPTN ini.