Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Ustaz Azhar Calon Tunggal Melayu Islam Di Parlimen Batu

2,888 views
SHARE

Ustaz Azhar Calon Tunggal Melayu Islam Di Parlimen Batu

Oleh: Aishah Halim

Proses penamaan calon di P115 Batu, Wilayah Persekutuan menyaksikan kekesalan daripada penyokong PH dan menjadikan Ustaz Azhar selaku calon tunggal Melayu Islam di Parlimen tersebut.

Pencalonan Naib Presiden PKR, Tian Chua semalam  telah ditolak oleh Pegawai Pendaftar Pilihan Raya menyebabkan beliau telah hilang kelayakan bertanding di kerusi Parlimen Batu.

Hal demikian menyaksikan pertembungan 4 penjuru di Parlimen Batu iaitu Ustaz Azhar Yahya, PAS; Datuk Dr Dominic Lau, BN; VM Panjamothy A/L Muthusamy, Bebas (Gajah); dan Prabakaran A/L M Parameswaran, Bebas (Kunci).

Justeru, Ustaz Azhar Yahya merupakan satu-satunya calon Melayu Islam yang akan bertanding di Parlimen Batu.