Home Berita PAS Johor

Usrah dan program tarbiyah nadi kekuatan dalaman ahli

118
SHARE


Oleh: HAFSAH ABD RAHMAN

TEBRAU, 22 Sep : PAS Kawasan Tebrau terus menyemarakkan usaha pentarbiyahan ahli PAS Kawasan melalui Usrah Cawangan yang dijalankan serentak semalam.

Seramai lima Naqib yang ditugaskan di lima zon telah mengumpulkan seramai 69 ahli usrah yang hadir secara bersemuka.

Di Zon 4, kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail sebagai ahli usrah menjadi pemangkin kepada ahli usrah lain untuk istiqamah menghidupkan program tarbiyah ini.

“Sentiasalah kita menjaga hubungan dengan Allah” Pesan Ustaz Khir mengulas dua tajuk manhaj yang telah ditetapkan, iaitu Tafsir dan Fikrah Siri 2.

Penetapan Usrah ahli seluruh Cawangan Kawasan Tebrau setiap Rabu minggu ketiga setiap bulan diharap dapat memudahkan perancangan setiap ahli untuk hadir.

Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan juga telah menyusun program Daurah Pemerkasaan Tarbiyah dengan tajuk Al-Wala’ wal-Bara’ pada hujung minggu ini.