Home Berita PAS Kelantan

Usahawan perabot jana pendapatan penduduk setempat

382
SHARE

BACHOK, 13 Dis: Usahawan belia, Muhammad Saifullah Ramli, 37, membuka kilang perabut jenama AA Furniture pada Jun 2020 bersama rakan kongsinya, Jeffry Khaidir di Kampung Beris Lalang.

Bermodalkan RM200 ribu, Muhammad Saifullah, lulusan Ijazah Ukur Bahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, bertekad membuka kilang perabut untuk menjana pendapatan keluarga dan penduduk setempat. Kini, perniagaan tersebut mampu mengupah 35 pekerja dan mendapat sambutan tinggi daripada pembeli di seluruh semenanjung sehingga pada September lalu, sebuah cawangan baharu dibuka di Rawang, Selangor untuk menampung permintaan yang bertambah sehingga 50 set tempahan sofa sehari.

Muhammad Najib Omar, 29, pekerja tempatan yang dahulunya seorang petani, bersyukur dapat mencari rezeki di kilang tersebut untuk menyara isteri dan tiga orang anak.

“Saya sangat berterima kasih kepada Encik Saifullah kerana memberi pekerjaan kepada saya untuk beroleh pendapatan bagi menampung persekolahan anak-anak saya”, ujar Rosidah Ibrahim, 49, ibu tunggal kepada lima orang anak.

Antara produk keluaran kilang perabot tempat berkualiti antarabangsa itu ialah set sofa klasik, set sofa chelsterfield, set meja makan dan katil yang boleh ditempah mengikut cita rasa pelanggan melalui pautan http://www.wasap.my/601135747977/sofa