Home Berita PAS Kelantan

UMK, UKEKWA pelawa wanita Kelantan jadi ‘Supermom’

240
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 22 Sept: Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (PIUMK) dan Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (UkeKWa) menganjurkan wacana Supermom: Pembangunan Wanita dan Keluarga tiga siri bermula hari ini hingga 29 September.

Pengarah UKekWa memaklumkan tema program Menilai Peranan Wanita Dalam Menangani Norma Baharu berhasrat mempelawa wanita Kelantan menjadi suri mithali yang serba boleh (supermom).

“Kita berharap wacana ini dapat membentuk para wanita yang berkeluarga menjadi pengurus rumah tangga yang cekap dan terbaik dengan menjadikanlah diskusi ini sebagai medan perbincangan dan perkongsian berkenaan pembangunan wanita yang berkerjaya dalam menyeimbangkan kerjaya dan keluarga”, katanya ketika dihubungi.

Panel jemputan, selebriti dakwah, Ustazah Muzayyanah Abdullah mengupas perihal kegigihan Saidatina Fatimah r.a melakukan kerja rumah diringi tasbih, tahmid dan takbir 33 kali sebagai pengandal kepenatan.

Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam), Ustazah Ainul Kauthar Karim menjadi moderator program yang bersiaran dari pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari di Facebook dan Youtube Channel Pusat Islam UMK dan Facebook Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan (U-Kekwa) melalui pautan https://www.facebook.com/ukekwa/videos/258166636216783/

#KelantanCaknaWanita