Home Berita PAS Kelantan

UMK jayakan misi bantuan banjir ‘We Care We Share’

22
SHARE

KOTA BHARU, 19 Jan: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi program ‘we can we share’ bersama pemain industri bergabung tenaga memberi sumbangan berbentuk keperluan dan barangan asas dan juga wang tunai khususnya bagi meringankan beban pelajar dan komuniti sekitar yang terjejas pada musim banjir yang lepas.

Menurut Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) Dr Roslizawati Che Aziz, program ini merupakan cetusan idea dari pelajar dan staf FHPK sendiri yang secara sukarela merasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan sekadar mampu sebagai tanda prihatin kepada kebajikan komuniti terutama di Negeri Kelantan yang sering terkesan dengan bencana banjir.

“Terdahulu, seramai 20 yang terdiri daripada keluarga asnaf dan 160 orang anak-anak pelajar serta 50 orang komuniti dan juga 11 orang pengamal media Kelantan telah hadir menerima sumbangan. Sumbangan yang diperolehi ini diperolehi melalui sumbangan daripada pelbagai pihak seperti industri, agensi badan persatuan termasuklah daripada alumni , staf dan pelajar FHPK serta warga UMK sendiri amnya,” katanya.

Sementara itu, tambahnya lagi, projek ini merupakan salah satu keperluan kepada kursus subjek setelah melihat kesukaran rakan-rakan dan komuniti setempat ketika menghadapi banjir Monsun Timur Laut pada 18 Dan 19 Disember 2022 lalu.