Home Artikel PAS Kedah

Umat Islam wajib meletakkan Islam di hadapan

139 views
SHARE

Umat Islam Wajib Meletakkan Islam Di Hadapan
Oleh: Hanan Abdul Ghani

SIK, 11 Jun: Sebagai tanda penghargaan buat para petugas Muslimat PAS Kawasan Sik dalam PRU14 baru-baru ini, Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan bertempat di Kompleks PAS Kawasan Sik, Sungai Pau.

Ahli Parlimen Sik, YB. Ustaz Tarmizi Sulaiman dijemput untuk merasmikan program dan menyampaikan sedikit sumbangan dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik (DMPKS) kepada para petugas Muslimat Sik pada program yang dijalankan pagi kelmarin.

“Solusi untuk menghadapi cabaran yang dilemparkan kepada umat Islam pada masa kini ialah umat Islam wajib meletakkan Islam di hadapan dalam apa jua keadaan sekalipun” antara intipati ucapan beliau.

Beliau juga menyarankan kepada semua Muslimat agar meneruskan munajat dan berdoa agar kita semua terus istiqamah dalam perjuangan dan terutama terus merafa’kan kesyukuran di bulan Ramadhan ini di atas kemakmuran yang dikecapi terutamanya rezki makanan jika nak dibandingkan dengan negara di landa krisis makanan.

Mengakhiri ucapan beliau, Y.B Ustaz Tarmizi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas Muslimat yang bertungkus lumus dalam PRU14.

Program Ihya’ Ramadhan tersebut diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada semua petugas oleh Ahli Parlimen Sik.