Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

PAS Parti Yang Memperjuangkan Islam Kata Mantan Hakim

965 views
SHARE

 

PAS Parti Yang Memperjuangkan Islam Kata Mantan Hakim

 

Oleh : MNA

“Sebab utama saya masuk sebagai ahli PAS, yang paling utama ialah saya melihat kepada perjuangan Islam itu sendiri.

“Kita kena berhijrah daripada tempat yang tak berapa nak baik kepada tempat yang lebih baik, itu hijrah yang kita nak,” demikian jawapan bekas Ahli Parlimen Setiu, Datuk Muhammad Che Zulkifli Jusoh ketika ditanya sebab beliau memilih PAS.

Turut menambat hati beliau menyertai PAS ialah keadaan pemerintahan kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu ini, tiada kekecohan, musuh dijadikan kawan, peruntukan akan dibahagi dan pendekatan kearah ukhuwah.

Barisan kepimpinan kerajaan Terengganu sekarang ini juga dilihat mempunyai kekuatan campuran akademik yang sudah tentu berlatar belakangkan keagamaan dan tidak ketinggalan professional yang hebat.

“Pada harapan saya, mereka dapat meneruskan pembangunan di negeri Terengganu ini, dapat menjalankan manifesto-manifesto yang diwar-warkan selama ini,” ujar beliau.

Beliau ditemui selepas Program Motivasi Badar al-Kubra anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) di Masjid al-Furqan Chendering.

Turut hadir ialah ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali, Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Adun Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi