Home Berita PAS Sarawak

Umat Islam Diingatkan Jangan Boros Berbelanja

522
SHARE

Lumrahnya pada bulan Ramadan ramai masyarakat Islam di negara ini lebih terdorong berbelanja mengikut hawa nafsu.

Dalam keadaan lapar, macam semua makanan hendak dilahap mereka.

Trend masyarakat Islam di Malaysia kadang-kadang terikut-ikut dengan aneka jualan yang terdapat di bazar-bazar Ramadan sehingga ke hotel-hotel (bertaraf lima bintang).

Orang ramai menjadi tertarik untuk membeli apa yang dijual itu. Mereka tidak memikirkan dari sudut kemampuan.

Jadi makanan yang tak perlu pun dibeli, maka berlakulah pembaziran.

Islam juga mengajar umatnya supaya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Sebaik-baiknya ia dalam keadaan sederhana dan pada bulan Ramadan sepatutnya umat Islam mengerjakan ibadat yang lebih bukan melebihkan makan.

Sepatutnya fadilat tersebut sama-sama dikejar bukan mengejar di sudut makanan dan juga perhiasan-perhiasan lain. Sepatutnya umat Islam sudah memahaminya.

Berbuka puasa di hotel-hotel juga boleh dilihat ke arah pembaziran apabila ada yang sanggup berbuka dengan kadar harga yang tinggi.

Dalam pada itu, Ramadan juga bagaikan menjadi satu pesta kepada pemilik-pemilik hotel dan peniaga-peniaga apabila mereka mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan sebanyak mungkin.

Apabila perspektif tersebut menguasai diri mereka maka tumpuan kepada kelebihan bulan puasa sudah tidak dapat ditumpu lagi.

Cikgu Shokri b Hj.Fauzi.
2 Jun 2017.

{jathumbnail off}