Home Dewan Ulamak PAS Pusat

Ulamak PAS Rakam Takziah Kematian Dr Muhammad ‘Immarah

2471
SHARE

 

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

ULAMAK PAS RAKAM TAKZIAH KEMATIAN DR MUHAMMAD ‘IMMARAH

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan takziah atas kematian Dr Muhammad’ Immarah bin Mustafa ‘Immarah yang diberitakan meninggal dunia pada 28 Februari 2020 bersamaan 4 Rejab 1441 baru-baru ini di usia 89 tahun.

2. Beliau merupakan seorang pemikir Islam dan pengkaji ilmu yang sangat besar jasanya dalam dunia Islam seluruhnya. Ia diiktiraf di seluruh peringkat termasuklah di Mesir dan al-Azhar sendiri apabila dilantik selaku anggota Akademi Penyelidikan Islam di al-Azhar, anggota Majlis Lembaga Ulamak al-Azhar, anggota Majlis Tertinggi bagi Hal Ehwal Islam di Mesir dan juga pernah menjawat sebagai Ketua Editor Majalah al-Azhar.

3. DUPP mendoakan semoga Allah SWT memberikan kepada beliau ganjaran pahala berterusan dalam jihad ilmu yang telah dijalankan sepanjang hidup menerusi penulisannya yang telah tersebar luas ke serata dunia serta jasanya dalam menghidupkan semula budaya berfikir dan penulisan kristis menerusi kajian-kajian ilmiah.

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)