Home Artikel PAS Perlis

Majlis Makan Malam Serlah Muafakat PAS-UMNO

1863
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Lebih seribu orang tetamu hadir dalam program Makan Malam PAS Perlis 2020 yang berlangsung malam ini.

Bertempat di Kompleks PAS Perlis dekat sini, program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis itu turut dihadiri oleh para pemimpin dan ahli UMNO negeri ini.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Haji Baharuddin Ahmad, program berkenaan diadakan bagi mengumpul dana di samping menyediakan ruang kepada para hadirin mendengar penjelasan daripada para penceramah berhubung perkembangan semasa politik tanahair.

“Saban tahun, PAS Perlis menganjurkan program makan malam, bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos operasi parti.

“Kami juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk UMNO Negeri Perlis serta para NGO yang sanggup menaja meja serta bersama-sama menjayakan program pada malam ini,” katanya ketika berucap di sini.

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Hj. Ahmad Ali, Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli dan Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man, adalah antara tetamu jemputan yang hadir.

Turut sama dalam program berkenaan, ADUN Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim dan ADUN Pauh, Rozieana Ahmad.