Home Dewan Ulamak PAS Pusat

Terima kasih Kerajaan

359
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat
18 ZULKAEDAH 1442 l 29 JUN 2021

TERIMA KASIH KERAJAAN

1. Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Perikatan Nasional atas keprihatinan mengurangkan beban rakyat dengan pengumuman pakej rangsangan PEMULIH semalam.

2. DUPP juga menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pihak kerajaan atas bantuan samarata tidak kira daripada ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang. DUPP juga menghargai komitmen semua ahli Parlimen PAS dalam merealisasikan Program Bakul Makanan yang diperuntukkan bagi setiap ahli Parlimen dengan nilai RM 300000.

3. DUPP menyeru rakyat Malaysia yang terjejas untuk mendapatkan bantuan melalui Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen masing-masing dengan kadar yang segera.

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,
Ahli Parlimen (Pasir Puteh)