Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Ulamak Murabbi Tuan Guru Hj Zulkifli Sudah Lama Dikenali Rakyat Tangga Batu

5306
SHARE


Ulamak Murabbi Tuan Guru Hj Zulkifli Sudah Lama Dikenali Rakyat Tangga Batu

Oleh : Ibnu Rahim

Tuan Guru Ustaz Haji Zulkifli bin Haji Ismail telah diamanahkan untuk bertanding di P.136 Tangga Batu dalam PRU 14 kali ini.

Anak jati kelahiran Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang Melaka
Ini dilahirkan pada tahun 1966. Telah dikurniakan 12 Orang anak, dan 7 daripadanya merupakan huffaz Al-Quran.

Beliau lahir dari keluarga pemimpin dan agamawan. Ini dibuktikan melalui Ayahanda beliau yang merupakan guru agama dan Yang DiPertua Kesatuan Melayu Islam Malaysia di Brunei.

Tahap Pendidikan :
● Maahad Muhammadi, Kelantan
● Pondok Bukit Besar, Kedah
● Bertalaqqi selama 10 tahun di Mesir

Kerjaya yang telah diceburi:
● Pengasas dan Pengasuh di Pondok Baitul Qurro’ Wal Fuqoha’ semenjak tahun 2000
● Tenaga pengajar dan Mudir di Pondok Baitul Qurro’ Wal Fuqoha’
● Pendakwah di dalam dan luar negara

Selain itu, beliau juga sangat pakar dalam bidang Aqidah dan Falsafah. Beliau telah berjaya mengarang kitab Ancaman Bahaya Sekularisme yang menjadi rujukan masyarakat masa kini.

Antara Pencapaian lain ialah :
● Penyusun Risalah Arab berjudul At-Tanbih ‘Anid Dholal
● Pengarang Buku Risalah At-tahridh
● Pengarang buku Mauizah Hasanah
● Pengarang buku Tazkiratul Abna’

Seterusnya, beliau juga tidak memisahkan ilmu talaqqi serta perjuangan Islam dalam kehidupannya.

Pernah terlibat dalam kepimpinan parti sebagai :
● Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka
● Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka semenjak 2006 sehingga sekarang
● Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat
● Mantan Pengerusi Lujnah Khas Sekolah-sekolah Pondok, Majlis Pendidikan PAS peringkat kebangsaan

PAS Melaka yakin dengan menampilkan calon yang berkeperibadiaan tinggi ini mampu untuk memikat hati rakyat pada 9 Mei nanti.